CERITAKU : Mencari Barakah....


Seorang sahabat sedang bergelut dengan penyakit barah perut yang semakin menular. Kesempatan hujung minggu kuambil untuk pergi menziarahinya. Sedih sayu di hatiku apabila melihat seorang rakan yang duhulunya sihat dan ceria, kini hanya mampu meneguk air sahaja. Badannya susut sekali, cuma  tinggal kulit dan tulang. Kulitnya kering senyumannya juga hambar.

Kucium dahi dan tangannya, tak sedar air mata bergenang. Ya Allah, kau ringani beban sakitnya ya Allah. Kupandang dalam matanya, dalam hatiku terdetik bertanya "apakah agaknya yang dia sedang fikirkan?". Betapa sungguh tabah hatinya melayari ujian ini. Kalau aku diminta untuk memakai "kasut kehidupan"nya, aku tak tahu apa yang aku harus buat. Kuatkah aku sekuat dirinya yang sedar masanya semakin singkat di dunia ini.

Ziarahku  membuatkan aku terfikir, ribut yang melanda aku Jumaat lalu, sekurang-kurangnya sudahpun berlalu, namun ribut "sakit"nya masih lagi berlegar di badannya dan dia masih lagi cuba menghalangnya. Kuat sungguh semangatnya!.

Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Doa buat kak Yati agar tabah mengharungi "ribut" dalam dirimu kak....

" Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"

Amin.

1 comment:

  1. Al Fatihah buat kak Yati. Semoga ruhmu bersama oran g-orang yang beriman. Aman hendaknya di sana kak...:(

    ReplyDelete

Sudi-sudikan menulis kembali kepada saya.....