Sekolah sudah tamat. Seronok, ini hari kedua aku mula alam persekolahan. Sudah berasa yakin dan berani sikit untuk berkawan. Apatah lagi apabila emak berada di dalam bas sekolah mengambil aku pulang dari sekolah. Aku lebih selesa kalau mak bersama aku. Naik bas sahaja, mulutku mula bising, macam-macam nak aku ceritakan pada mak. Macma murai cabut ekor lagaknya!, sehingga pakcik pemandu bas berkata,
" Kak Chom  kata si Ida ni 
pendiam, pemalu dan
 penakut, macam tak nampakpun!". Aku berpaling ke arah pakcik bas dan berkata "huh?"...he he he.
 
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikan menulis kembali kepada saya.....